Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menzahirkan kebimbangan susulan keputusan Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan import beberapa produk termasuk minyak sawit, daging lembu, kacang soya, kopi, koko, dan kayu-kayan yang dikatakan sebagai penyebab penebangan dan degradasi hutan selepas 31 Disember 2020.<br /><br />Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, Malaysia komited dengan prinsip dan kriteria mampan dalam pengeluaran minyak sawit di negara ini.
